Tuesday, April 9, 2013

Kelebihan klorofil dalam PMC GRED AAAA (HIJAU)

1) Membersih, membantu mendetoksifikasi dan mengurangi toksin (racun) dalam badan

2) Mengimbangkan sistem hormon dan asid-alkali dalam badan

3) Memberi dan meningkatkan nutrisi dalam darah dan meningkatkan paras oksigen pada sel darah merah

4) Membantu dalam masalah insomnia

5) Meningkatkan metabolisme

6) Memperkuatkan sistem imunisasi (kekebalan) badan

7) Mempercepatkan penyembuhan luka

8) Bertindak sebagai anti-kanser

9) Meningkatkan fungsi jantung

10) Mengimbangkan suhu badan

11) Membekalkan tenaga dengan cepat



Tiga kebaikan Klorofil:

1. Pembersihan - merujuk kepada detoksifikasi dan penghapusann kotoran dalam badan

2. Pengawalan - mengimbangkan hormon-hormon serta asid dan alkali dalam badan

3. Penyuburan - membekalkan nutrien untuk kesihatan darah bagi meningkatkan tahap oksigen dan sel darah merah

Apakah Klorofil?

Klorofil merupakan penawar alam semulajadi yang didapati pada pigmen hijau tumbuh-tumbuhan hijau. Dalam proses yang dipanggil "fotosintesis", klorofil dalam tumbuh-tumbuhan hijau menyerap dan menyimpan tenaga daripada cahaya matahari bersama dengan karbon dioksida di udara, air dan mineral-mineral dari tanah untuk menghasilkan makanan. Tenaga itu diperlukan untuk menukar air dan karbon dioksida menjadi glukosa - sumber utama tenaga untuk semua organisma hidup.

Melawan Radikal Bebas Untuk Mengurangkan Kedutan & Penuaan

Klorofil dalam PMC mengandungi agen anti-oksida yang dapat mengurangkan radikal bebas dalam badan kita. Radikal bebas melemahkan badan dan membuat kita senang menjadi sakit. Radikal bebas adalah unsur oksida aktif yang dihasilkan oleh tubuh kita melalui proses metabolisme pemecahan makanan dan oksigen yang menghapuskan protein, lipid dan DNA. Ini akan mengakibatkan sel-sel biasa berubah dan menyebabkan bermacam-macam penyakit kepada tubuh kita. Radikal bebas adalah punca utama kepada penuaan.

Klorofil sangat kaya dengan:

Zink - Gabungan zink bersama vitamin A menggalakkan kesihatan yang baik

Selenium - Melindungi dan memperbaharui sel-sel badan

Vitamin E - Anti-penuaan, menyuburkan kulit dan mengaktifkan otak

Vitamin C - Meningkatkan kecergasan dan memiliki unsur-unsur anti-kanser

Vitamin A - Memperkuatkan fungsi jantung dan penglihatan

Lain-lain nutrien termasuklah protein, biotin, asid folik, asid pantotenik dan mineral-mineral seperti kalsium, kobalt, kromium, fosforus, silikon, potassium, mangan, magnesium, besi dan lain-lain.

Menggalakkan Pertumbuhan Sel-sel dan Meningkatkan Sistem Imuniti

Dr. Richard Wilstatter (1915) dan Dr. Hans Fischer (1930) masing-masing telah menerima Anugerah Nobel dalam Jurusan Perubatan dan KImia kerana menemui struktur molekul sel darah merah manusia dan klorofil. Dari sinilah dapat ditunjukkan bagaimana klorofil menggalakkan pertumbuhan sel-sel dan penghasilan sel-sel membantu dalam membina sistem daya ketahanan.

Ciri-ciri Penghasilan Darah

Penerima-penerima Anugerah Nobel, Dr. Richard Wilstatter dan Dr. Hans Fischer juga telah membuat penemuan bahawa terdapat hanya satu perbezaan ketara di antara sel-sel darah merah dan klorofil iaitu klorofil mempunyai atom magnesium di dalam nukleusnya, manakala sel-sel darah merah mempunyai besi. Dengan itu, klorofil dapat membantu dalam kes-kes anemia dan keadaan kekurangan darah.

Membersihkan Badan daripada Racun Serangga dan Sisa-sisa Toksin

Perubatan Pakar pemakanan Prof. Bernard Jensen menjelaskan bahawa klorofil amat berkesan dalam mengurangkan toksin-toksin dari racun serangga dan sisa-sisa perubatan dengan mencucikannya keluar daripada badan. Beliau juga memerhatikan bahawa orang-orang sihat lazimnya mempunyai lebih tinggi jumlah darah berbanding dengan orang yang sakit. Bagaimanapun, selepas mengambil klorofil dengan banyak, jumlah darah pesakit telah bertambah dan kesihatan juga meningkat.

Mengurangkan Masalah Badan

Seorang saintis bernama Offen Krantz mendapati bahawa kebaikan-kebaikan klorofil dapat menolong pesakit-pesakit ulser perut. Klorofil telah menjadi pelengkap perubatan yang diarahkan oleh para doktor bagi pesakit yang mendapat ulser perut.

Memperbaiki Kulit Bermasalah dan Mencantikkan Kulit

Akhbar "The New England Medical Journal" telah melaporkan yang klorofil menolong dalam mengawal masalah-masalah kulit dan jangkitan dalaman. Akhbar "American Journal of Surgery" telah menyiarkan penemuan dari Temle Universiti mengenai penggunaan klorofil dalam penyembuhan luka-luka pembedahan dan keadaan-keadaan lain yang berkaitan.




No comments:

Post a Comment